Pada 26 Julai 2011, Seksyen Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pokok Sena, telah menganjurkan Majlis penutupan Dan Penyampaian Hadiah Sukan Penghuni bagi tahun 2011 yang diadakan di padang Bola Sepak penghuni.
Majlis penutupan Dan Penyampaian Hadiah ini telah di sempurnakan oleh Tuan Hj Jamin Bin Hj Mohd Salleh Penguasa Penjara Pokok Sena, Kedah , Majlis ini juga turut di hadiri oleh Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, Tuan Ku Iskandar Bin Ku Saad . Pelbagai Acara turut diadakan seperti Persembahan Kebudayaan Satu Malaysia dan Pertandingan Akhir Karaoke peringkat Penghuni Penjara Pokok Sena . Acara Sukan ini bermula pada 02 Mei dan berakhir pada 28 Jun 2011 yang lalu , sebanyak 8 acara telah di pertandingkan seperti Bola Sepak , Bola Tampar , Sepak Takraw Regu , Sepak Raga Bulat, Karom , Ping Pong, Dam / Catur dan Indoor Games (Penjara wanita).
""